Sunday, March 28, 2010

Catatan Ilmu

Beberapa Nota sisipan Ana dapat berkaitan hadith:


A) Al-Quran mengandungi keterangan mengenai akhlak Islam yang dikendaki Allah dan dikehendaki oleh NAbi Muhammad SAW sendiri menerusi pengakuan (tasdiq bil-qalb) , perkataan (iqrar bil-lisan) dan perbuatan (amal bil-jawaih).


B)Kategori berdasarkan kriteria individu sebagai sumber hadith dalam Islam :

1. Al- Munafiqin

2. Al- Khotiqun (Orang tersilap)

3. Al- Syubhah ( Mereka yang mendengar hadith dari Rasullulah SAW tanpa konsisten )

4. Al- Sadiqun

Thursday, March 11, 2010

Ujian jalan salik

Ana dikejutkan dengan peringatan mati. "mild stroke" istilah yang diberitahu oleh tuan doktor kepada ana. Kebas separuh muka dan tangan. Akibat kuat merokok. Pertama kali melalui wad kecemasan di hospital kerjaan. Ujian darah, ECG dan CT-Scan pengalaman yang mendebarkan. Syukur ke hadrat Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ana setakat ini tidak menunjukan kehadiran "tumor" di otak yang digeruni. Namun perlu mula jihad berhenti merokok sepenuhnya.

Alhamdullilah..Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada kita yang selalu lalai.