Saturday, February 4, 2012

Hasbi Rabbi JallAllah

Cukuplah Allah sebagai Tuhan

Tiada lain dihatiku melainkan Allah

Cahaya Muhammad, Selawat dan salam keatasnya

Dan tiada tuhan disembah melainkan Allah


rintihan hamba yang lemah, berdosa lagi jahil

Sunday, March 28, 2010

Catatan Ilmu

Beberapa Nota sisipan Ana dapat berkaitan hadith:


A) Al-Quran mengandungi keterangan mengenai akhlak Islam yang dikendaki Allah dan dikehendaki oleh NAbi Muhammad SAW sendiri menerusi pengakuan (tasdiq bil-qalb) , perkataan (iqrar bil-lisan) dan perbuatan (amal bil-jawaih).


B)Kategori berdasarkan kriteria individu sebagai sumber hadith dalam Islam :

1. Al- Munafiqin

2. Al- Khotiqun (Orang tersilap)

3. Al- Syubhah ( Mereka yang mendengar hadith dari Rasullulah SAW tanpa konsisten )

4. Al- Sadiqun

Thursday, March 11, 2010

Ujian jalan salik

Ana dikejutkan dengan peringatan mati. "mild stroke" istilah yang diberitahu oleh tuan doktor kepada ana. Kebas separuh muka dan tangan. Akibat kuat merokok. Pertama kali melalui wad kecemasan di hospital kerjaan. Ujian darah, ECG dan CT-Scan pengalaman yang mendebarkan. Syukur ke hadrat Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ana setakat ini tidak menunjukan kehadiran "tumor" di otak yang digeruni. Namun perlu mula jihad berhenti merokok sepenuhnya.

Alhamdullilah..Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada kita yang selalu lalai.

Sunday, February 28, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, tabahkanlah hati ku dalam perjuangan ini. Aku ingin bercita-cita ingin berserta jemaah para anbia Mu ya Allah. Aku berangan-angan bersama mereka menikmati nikmat keindahan Zat Mu ya Allah. Syhuhada, mualim, salihin atau aulia. Apakah aku dapat bersama mereka ya Allah sedang diriku bergelumang dosa dan kealpaan dunia. Mana satukah harus ku tebus dosa-dosa besar ku yang lalu ya Allah. Titisan darahku, keringat ku, tangisan ku, ilmu yang ku ajarkan atau harta yang aku sedekahkan..

Aku rimas dengan dunia ini ya Allah tetapi aku sedar amanah ini harus dipikul...Berikanlah aku kekuatan ya Allah untuk berhdapan gelombang fitnah dan kezaliman dunia, syaitan, ifrit dan nafsu jahatku sendiri ya Allah.. Kasihanilah aku..


Amin

Saturday, February 20, 2010

The official

Today is the day. Official day for my journey journal via online. Blog dedicated for my expressions , thoughts, ideas, critics, views in hollistic sincerely from me. I wish today is the day where meaningful path recorded accordingly.